Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Monday, October 6

Waktu Sujud

Ialah waktu seorang hamba paling hampir dengan Penciptanya. Ambillah sedikit masa untuk menghampirkan diri pada pencipta kita. Tapi rugi tapi sangat menenangkan.



Duduk antara 2 sujud
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

Thursday, October 2

Doa Golongan yang TIdak Dimakbulkan Allah

Seorang tokoh sufi, Abu Laith al-Samarqandi pernah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis manusia apabila dia berdoa, doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. :-


  • Orang yang memakan makanan yang haram.
  • Insan yang banyak memburukkan orang lain dalam kehidupannya.
  • Wujud dalam hati seseorang yang mempunyai perasaan dengki sesama umat Islam

Wednesday, October 1

JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : 

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar
.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Wednesday, May 7

Solat Sunat Dhuha

Ruang Waktu dan Waktu Afdal

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 

Niat Solat Dhuha

Maksud Doa Solat Dhuha
Klau tak hafal, dalam rumi pun masih boleh baca juga. Jika kita faham dan hayati maksud doa ini, insyaAllah lagi mudah untuk kita berdoa :D


“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 


Boleh tengok video ini :

Friday, March 23

11 oRanG yaNg MenDapaT dOa MalaiKaT

hari nie chik xde masa sgt nak story kat sini... coz chik busy sgt hari nie, dah lah masuk clas xsampai 1 jam dah chik lari... chik blik room uat kjew ckit.. adoy...
haaa.. hari nie chik nak citew sal 11 orang yang je yang mendapat doa malaikat... nie je yang chik tau,, mybe de lagi yang chik xtau :) bace yer :)

  • orang yang tidow dalam keadaan bersuci.
  • orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  • orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  • orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (x membiarkan kekosongan di dalam saf).
  • kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
  • orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
  • orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  • orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  • orang yang membelanjakan harta (infak).
  • orang yang sedang makan sahur.
  • orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.




SETIAP MATA YANG TERTUTUP 
BELUM BERERTI IA TIDUR,
SETIAP MATA YANG TERBUKA 
BELUM BERERTI IA MELIHAT.

memang susah untuk fahamkan ayat tu kan, tapi selagi ada masa fahamkanlah ayat di atas tu yer :)