Thursday, October 16

Terlalu kurus?

Korang terlalu kurus? Tahu tak dulu Chik pun sama kurus, tapi sejak berhenti sukan sekejap, selera makan naik, berat badan mestilah naik juga, hehe.

Nak tahu cara2 tambah berat? Jom baca.

Senaman Angkat Berat

Bagi lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan korang selain makan ialah dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan, kekurangan korang dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. 

Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.


Ambil Banyak Protein

Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot korang. Kekurangan protein membuatkan tubuh korang “mencuri” protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. 

Jangan abaikan protein dalam diet harian korang. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu, kacang dan bijian.


Rehat Dengan Secukupnya

Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus tidur. Rehat yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan makan makanan yang mengandungi protein. Semasa korang tidur, makanan yang korang telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot korang. 

Jangan lupa, korang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ingat ni tau.


Ambil Supplement

Siap ada perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife ataupun Shaklee.

Dapat membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta muscle otot.


Makan Coklat

Ada orang mudah gemuk dengan cara makan coklat, tapi Chik jarang sebab coklat ni manis, xelok kalau makan setiap masa/hari

Pernah tengok cerita Cinta Obsesiti Kolestrol? alaa yg Era Fazira berlakon jadi gemuk tu. So try guna istilah ni

"Perempuan makan coklat banyak-banyak = Gemuk" 

haahaa. Semoga berjaya naikkan berat badan 

1 comment :