Wednesday, January 9

perbezaan antara sahabat, kawan dan teman...

Salam, dah lama chik tak blogging kan,,, skunk chik dah terlampau busy sehinggakan chik byk pendam daripada chik post... by the way, hari nie chik nak kongsi dekat anda2 sume perbezaan antara sahabat, kawan dan teman :)... selamat membaca

S.A.H.A.B.A.T
Sahabat akan menjalinkan ikatan persahabatan sampailah ke akhirat. Bukan untuk ketawa gembira, terbahak-bahak, dan duka derita sengsara. Sahabat adalah insan terpilih adalah permata dalam hati. Sahabat tidak akan melukai hati sahabat. Sahabat bersahabat atas dasar kejujuran, kemuliaan, dan kebenaran serta tiada apa-apa kepentingan diri atau individu dalam persahabatan.

K.A.W.A.N

kawan nampak umum dan biasa. Ikatan dalam berkawan tidak kuat dan
teguh, hanyalah bersifat luaran. Misalnya kawan untuk makan-makan, lepak-lepak, dan sembang-sembang. Selesai sahaja urusan, selesailah ikatan itu. Biasanya kita ramai kawan; dari pelbagai lokasi, umur, bangsa, dan status.

T.E.M.A.N

teman pula kelihatan agak kukuh dan rapat. Misalnya seorang isteri adalah teman hidup seorang suami. Teman adalah tempat seseorang meluahkan perasaan, dan biasanya boleh dipercayai. Ada ungkapan ‘teman ketawa senang dicari. Teman menangis sukar dicari.