Sunday, July 20

Hormat menghormati orang yang lebig tua

Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, sebuah kluarga hendak ke Pasir Mas menaiki k.api hanya semata2 untuk mbeli pkaian raya. Dari pagi sehingga petang berada di Pasir Mas, tibalah masa untuk balik ke Kuala Krai semula. Semasa masuk, memang tiada tempat duduk, fikir2 xpelah, masih muda, blh la berdiri. Sebenarnya ada nampak sekelompok budak2 asrama duduk, ramai sangat budak2 asrama yg duduk tu. Ada yang buat2 tidur, ada yang main fon. Mereka buat2 xnampak warga mas, ibu ngandung, org yg dah berumur berpangkat mak/ayah. Tetiba mak ade cakap something kat iya.

Mak : Ngah, mak letih la berdiri lama2.

Iya : Nak buat camne mak, budak2 sekarang mana ada rasa hormat/kesian kat orang yang lebih tua dari dorang. (saje cakap camtu, nak bg budak2 tu dengar).

Mak : Hurmm..

Iya : Mak klau letih, meh duduk kat iya.

Mak : xpelah ngah. okay lagi kot kaki ni nak berdiri

Masa tu perasan, budak2 asrama duk berbisik2, maklumlah lepas dengar apa yang iya cakap, masing2 ada yang nak bagi tempat duduk kepada orang yg lebih mmerlukan, ada yang buat xtau...

5minit kemudian....

Budak asrama A : Makcik, meh la duduk sini, xpe sy kongsi tempat duduk ngan kawan sy.

Mak : Terima kasih yee.. (Mak terus duduk smbil ajak seorang lagi makcik yg lebih tua dari mak)

Iya : (cuma senyum tengok budak asrama yg bagi tempat duduk kat mak ngan makcik tua tadi)

Sampai kat stesen seterusnya, ade penumpang k.api yg turun, iya terus duduk depan kat tempat yg kosong selang 4baris dari tempat duduk mak tadi. Duduk kejap je sebab nak bg abah duduk dari bg bdk2 asrama B duduk. Hehehe.

Tiba2 ada seorang makcik yang yang naik, kebetulan sebelah abah ada kerusi kosong, so iya pun panggil makcik yg baru naik, duduk kat sebelah abah. Budak2 asrama A yg tadi, tgk iya samada bg ataupun x kat makcik yg mmerlukan.

*memang sakit aty kalau ada nmpk wrga emas, ibu ngandung dan kluarga yg mbawa ank2 kcik naik kenderaan awam tapi xdihiraukan olh budak2 remaja sekarang, kebanyakkan mereka ada yg mmentingkan diri sndiri. xmo bg tmpt duduk kpada yg lebih memerlukan. Terasa sakit aty sebab dah terbiasa terdidik dr kcik utk bg tmpt duduk kpada org yg memerlukan.

p/s : wujudkanlah rasa simpati dan mghormat kepada org yg lebih memerlukan tmpat duduk smasa menaiki kenderaan awam.