Sunday, April 22

WaNita caNtiK...

kowang mwsti nak tau kn spesis wanita yang cantik, xsemestinya wanita itu perlu b'mekup utk kelihatan cantik,,, de dikalangan kowang sume mesti dh bace yang nie kan.. so xpew nie utk menambahkan lg post chik :p, npew kowng pelik bile sume lam post chik nie jiwang2?? ye chik akui chik nie cam laky p jiwa chik still lagi pompuan, still lg de prasaan ksih syang, sedih n bla bla bla... dah2, jom bace :)

wanita cntik ialah :-
  • melukis kekuatan melalui masalah
    :- seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya, sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. Insya-Allah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
  • tersenyum saat tertekan
    :- percaya ataupun tak, kalau benar2 seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, orang sekeliling xmampu meneka apakah perasaan dia yang sebenarnya. nak tau nape? sebab terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. alangkah bertuah aku begitu :)
  • tertawa saat hati sedang menangis
    :- bukan sjew2 dia ketawa saat hatinya terluka dan menangis. dia bersikap camtu kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan xmahu menyusahkan orang sekelilingnya. tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG MAHA ESA akan datang kepadanya dan dia tetap ketawa menutup segala masalah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
  • tabah di saat terhina
    :- setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNya dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia, tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya sume tu bukanlah menjadi halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang akan datang. ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai/pelindung untuknya menempis segala hinaan daripada manusia lain yabg tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG MAHA ESA.
  • mempersona tanpa balasan
    :- bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita, lebih2 lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati kita hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.  namun bagi seorang wanita yang cantik, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan dan menyakitkan hatinya, kerana baginya mereka2 inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
  • mengasihi tanpa balasan
    :- kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang matang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka ini bukannya kasih yang dibuat2 tetapi kasih yang tulus. malah mereka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala sumpahan dan ujian untuk kita cari dimana2 melainkan kasih seoarng isteri dan ibu yang solehah.
  • bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi
    :- dia hanya berharap kepadaNya dan dia juga xpernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa2 yang dipohon kepadaNya.
  • bersabar bila menghadapi dugaan(chik pnye idea :p)
walaupun kitew sume xcantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan Allah :)

Saturday, April 21

Motivasi utk HaRi NiE

Pengajaran dari kisah perangkap tikus...

Sepasang suami dan isteri pulang ke rumah setelah berbelanja. ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelajat sambil menggumam, "hmm... manakala apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agak nya?"

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.  ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus, aku turut bersedih tapi is xda kena mengena dgn aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kamning sambil berteriak seperti tadi.  Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersempati, tapi xda yabg boleh aku buat.  Lagipun xda kena mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui lembu.  Ia mendapat jawapan sama.  "maafkan aku, tapi peranngkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. xknlah sebesar aku nie boleh masuk perangkap tikus."

Dengan perasaan kecewa ia pun berlari ke arah hutan menemui ular.  Sang ular berkata, "Eleh engkau nie, perangkap tikus yang sekecil itu xknlah nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.  Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar  suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah kena.  Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang menjadi mangsa.  Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunug ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.  si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran.  Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap saja demam.

Isterinya lalu minta dibuat sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam.  Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.  Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.  Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.  Masih juga tidak sembuh2 dan akhirnya meninggal dunia.  Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.   Kerana rasa sayang suami kepada isterinya, xsampai hati pulak dia melihat orang ramai tidak menjamu apa2.  Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang2 yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.  Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah x digunakan lagi.

Begitula kisahnya.... panjang x?hehehe,,, lau rajin bace la... Jadi pengajarannya, jika suatu hari nanti, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.. so kowang fhm2 je la k...  ctew nie chik xtuju kat sapew2 pun... :) daa