Thursday, November 13

Moist Chocolate Cupcakes

Hai, harini Chik nak tukar mood pulak, Kalau sebelum ni, selalu post pasal nasihat, fighter, kesihatan kan, jadi harini Chik nak share resepi2. Mesti minat makan cupcake kan? Jom follow dan try2 lah buat kat rumah, Cik klau kat rumah sepupu, everyday akan buat cupcake, biskut, kek untuk tempahan. Cari duit poket sendiri katakan. ^_^

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour
1 1/4 cawan dutch process cocoa powder
2 1/2 cawan sugar
2 1/2 sk baking soda
1 1/4 sk baking powder
1 1/2 sk garam
2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A
1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)
1/2 cawan + 2 sb vegetable oil
1 1/4 sk vanilla extract
1 1/2 cawan air panas (nak sedap lagi, tmbh perisa Nescafe 1sk)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam ke dalam pengisar elektrik.

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.


Cream Icing

Bahan-bahan
1 kg krimwell
1/2 kg gula icing

Cara cara:
Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata. Sedia diguna untuk mendeko.

Nota:
Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.

Ni gambar cupcake pertunangan along. Tapi booking dari kedai. Chik pun kalau hantaran nak ada cupcake tema silat kat atas tu. 😃


Thursday, October 30

Lumrah Kehidupan

Masing-masing ada perasaan marah, sayang, benci, suka, rindu, sunyi. Setiap reaksi muka boleh membuktikan perasaan muka seseorang tersebut samada tengah marah ataupun suka. 

Ada masa kita boleh meneka perasaan seseorang tapi ada masa kita tidak dapat meneka, contoh dari perasaan sayang, setengah orang akan tunjukkan perasaan sayang tapi ada yang jenis sorokkan perasaan sayang. Yang jenis sorokkan perasaan sayang itu susah untuk kita tafsir samada dia sayang kita sebagai kawan ataupun lebih.

Sedih
Selalunya bila seseorang selalu bersendirian, akan timbul perasaan sedih, apa sebab pun kita takkan tahu sebabnya air mata yang kan mengalir sendiri tanpa dimata.

Kemungkinan rindu pada kawan yang pernah berjuang bersama semasa belajar sama2 di IPT, kalau kita sambung belajar, masih tidak dapat mencari kawan yang sama2 perangai yang sebelum ni.

"Kesedaran akan sebuah perasaan adalah ketika merasa kehilangan"

remember this okay.

SMILE = special magic in living everyday

Thursday, October 16

Terlalu kurus?

Korang terlalu kurus? Tahu tak dulu Chik pun sama kurus, tapi sejak berhenti sukan sekejap, selera makan naik, berat badan mestilah naik juga, hehe.

Nak tahu cara2 tambah berat? Jom baca.

Senaman Angkat Berat

Bagi lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan korang selain makan ialah dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan, kekurangan korang dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. 

Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.


Ambil Banyak Protein

Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot korang. Kekurangan protein membuatkan tubuh korang “mencuri” protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. 

Jangan abaikan protein dalam diet harian korang. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu, kacang dan bijian.


Rehat Dengan Secukupnya

Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus tidur. Rehat yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan makan makanan yang mengandungi protein. Semasa korang tidur, makanan yang korang telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot korang. 

Jangan lupa, korang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ingat ni tau.


Ambil Supplement

Siap ada perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife ataupun Shaklee.

Dapat membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta muscle otot.


Makan Coklat

Ada orang mudah gemuk dengan cara makan coklat, tapi Chik jarang sebab coklat ni manis, xelok kalau makan setiap masa/hari

Pernah tengok cerita Cinta Obsesiti Kolestrol? alaa yg Era Fazira berlakon jadi gemuk tu. So try guna istilah ni

"Perempuan makan coklat banyak-banyak = Gemuk" 

haahaa. Semoga berjaya naikkan berat badan 

Monday, October 6

Waktu Sujud

Ialah waktu seorang hamba paling hampir dengan Penciptanya. Ambillah sedikit masa untuk menghampirkan diri pada pencipta kita. Tapi rugi tapi sangat menenangkan.



Duduk antara 2 sujud
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

Thursday, October 2

Sumpah Pendekar

Pendekar,
Tujuh petala bumi Tujuh petala langit,
Dari gunung ke lembah curam,
Dari sungai ke lautan bergelombang,
Kembara adalah setia pada sumpah,
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita,
Warisan berkurun dari Dato' Laksamana..


DIMANA BUMI DIPIJAK,
DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG !!!

Doa Golongan yang TIdak Dimakbulkan Allah

Seorang tokoh sufi, Abu Laith al-Samarqandi pernah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis manusia apabila dia berdoa, doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. :-


  • Orang yang memakan makanan yang haram.
  • Insan yang banyak memburukkan orang lain dalam kehidupannya.
  • Wujud dalam hati seseorang yang mempunyai perasaan dengki sesama umat Islam

Wednesday, October 1

Ceritera - Zainal Abidin



First time dengar lagu ni masa dinner TPM, serius memang best. Mengisahkan 5 orang pendekar di zaman dulu kala.




Kurun lalu ada ceritera
Kisah lima pendekar muda
Taat menuntut kehendak raja
Mereka jadi legenda
Bahan ceritera muda remaja
Satu lagenda yang tak dilupa

Berakhirnya kisah lama
Hilang senjata di dunianya
Timbulnya pula di zaman kita

Senjata di simpan di dalam peti
Ditemani guru yang disegani
Selamat hingga ditemui

Lima pendekar di zaman ini
Mencari dan juga mempercayai
Senjata perlu dikuasai
Di zaman yang maju teknologi
Kuasa lama mula teruji

Ooh oh Tuah yang mengetuainya
Ooh oh Jebat akur dan menurut
Ooh oh Kasturi, Lekir, Lekiu berjanji
Membantu bila ditandingi

Ini kisah lama orang dagang di Melaka

Anak muda diwariskan keris sakti oh pendekar

JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : 

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar
.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Sunday, September 28

Maafkan Aku

Perempuan, bila dye marah memang hati dye keras macam batu, cepat terasa walaupun apa yang korang cakap sebenarnya tak dimaksudkan. Adakalanya menangis itu melegakan hati yang diuji, Dengan izin Allah, hati terasa lebih lapang dan kembali kuat untuk tempuh hari2 yang akan datang.

I'm sorry, I never meant to hurt you


Aku bukanlah yang terbaik tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kau.


Sebelum aku tidur, aku nak minta maaf andai terlukakan hati kau, aku takut aku akan tertidur dan takkan bangun lagi. Maafkan aku sekali lagi.

Hati

Jangan kamu terlalu mudah mempercayai,
Sehingga sesetengah perkara benar terbukti,

Berikan ruang untuk diri sendiri,
Supaya tidak menjadi luka dihati,

Biarlah sedikit curiga menguasai,
Sehingga kau benar-benar sah menjadi seorang isteri.

Saturday, September 27

Cermin

Gunakanlah 2 cermin,

satu cermin melihat kekurangan kamu,

satu lagi untuk melihat kelebihan orang lain.

*****

Use 2 mirror,

one mirror to see lack of you,

one another to see the advantages of other.

Friday, September 26

You're A Girl

It doesn't come easy and you're going to have to work twice as hard to get half as much respect, and you're just going to have work harder and harder all the time.

You're a girl, it's harder to be a girl in this sport than it is to be a guy.

And just don't let everyone to make you feel unwelcome, you have a right to be them.

Be yourself

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri

daripada

menuding kesalahan kepada orang lain.

*****
It is better to know your own weaknesses and failures

of

pointing the blame to others.


Sunday, July 20

Hormat menghormati orang yang lebig tua

Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, sebuah kluarga hendak ke Pasir Mas menaiki k.api hanya semata2 untuk mbeli pkaian raya. Dari pagi sehingga petang berada di Pasir Mas, tibalah masa untuk balik ke Kuala Krai semula. Semasa masuk, memang tiada tempat duduk, fikir2 xpelah, masih muda, blh la berdiri. Sebenarnya ada nampak sekelompok budak2 asrama duduk, ramai sangat budak2 asrama yg duduk tu. Ada yang buat2 tidur, ada yang main fon. Mereka buat2 xnampak warga mas, ibu ngandung, org yg dah berumur berpangkat mak/ayah. Tetiba mak ade cakap something kat iya.

Mak : Ngah, mak letih la berdiri lama2.

Iya : Nak buat camne mak, budak2 sekarang mana ada rasa hormat/kesian kat orang yang lebih tua dari dorang. (saje cakap camtu, nak bg budak2 tu dengar).

Mak : Hurmm..

Iya : Mak klau letih, meh duduk kat iya.

Mak : xpelah ngah. okay lagi kot kaki ni nak berdiri

Masa tu perasan, budak2 asrama duk berbisik2, maklumlah lepas dengar apa yang iya cakap, masing2 ada yang nak bagi tempat duduk kepada orang yg lebih mmerlukan, ada yang buat xtau...

5minit kemudian....

Budak asrama A : Makcik, meh la duduk sini, xpe sy kongsi tempat duduk ngan kawan sy.

Mak : Terima kasih yee.. (Mak terus duduk smbil ajak seorang lagi makcik yg lebih tua dari mak)

Iya : (cuma senyum tengok budak asrama yg bagi tempat duduk kat mak ngan makcik tua tadi)

Sampai kat stesen seterusnya, ade penumpang k.api yg turun, iya terus duduk depan kat tempat yg kosong selang 4baris dari tempat duduk mak tadi. Duduk kejap je sebab nak bg abah duduk dari bg bdk2 asrama B duduk. Hehehe.

Tiba2 ada seorang makcik yang yang naik, kebetulan sebelah abah ada kerusi kosong, so iya pun panggil makcik yg baru naik, duduk kat sebelah abah. Budak2 asrama A yg tadi, tgk iya samada bg ataupun x kat makcik yg mmerlukan.

*memang sakit aty kalau ada nmpk wrga emas, ibu ngandung dan kluarga yg mbawa ank2 kcik naik kenderaan awam tapi xdihiraukan olh budak2 remaja sekarang, kebanyakkan mereka ada yg mmentingkan diri sndiri. xmo bg tmpt duduk kpada yg lebih memerlukan. Terasa sakit aty sebab dah terbiasa terdidik dr kcik utk bg tmpt duduk kpada org yg memerlukan.

p/s : wujudkanlah rasa simpati dan mghormat kepada org yg lebih memerlukan tmpat duduk smasa menaiki kenderaan awam.

Wednesday, May 7

Pelarian by Sakura Band & Adi


Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu


Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka


Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali


Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu


(ulang dari permulaan)

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu (2x)



Solat Sunat Dhuha

Ruang Waktu dan Waktu Afdal

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 

Niat Solat Dhuha

Maksud Doa Solat Dhuha
Klau tak hafal, dalam rumi pun masih boleh baca juga. Jika kita faham dan hayati maksud doa ini, insyaAllah lagi mudah untuk kita berdoa :D


“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 


Boleh tengok video ini :

Wednesday, April 30

10 Reason To Get Fit

Hello, sharing is caring right? So i want to share with you why must be fit.

  • Get confident in your own abilities
  • Extend life expectancy
  • Raise quality of life
  • Look and feel better, dressed or not
  • Be in a better mood
  • Have a stress-free life
  • Be more energetic
  • Become more productive
  • Discover who are you
  • Become harder to kill
So, who are you?  Remember, you're a fighter. I know you can do it, so believe yourself okay.

"The true science of Martial Art means practicing then in a way that they will be useful at any time, and to teach them in a way that they will be useful in all things." -Miyamoto Musashi-

Monday, April 28

Kehidupan Seorang Tentera (part 2)

Kamu semua mesti dah tau apa tugas2 tentera, kenapa perlu ada tentera, dekat mana tempat mereka kan. Jadi, cikya nak kongsi sikit je pasal tentera. Btw, beberap hari lepas, kami baru je pemakaian pangkat PBT ke LKPL, bukan nak bangga bukan nak menunjuk, cuma mau bagitau, bak kata senior "nombor tentera tu melambangkan identiti korang dalam pasukan tentera sukarela negara!". Jadi tugas kita adalah utk berkhidmat utk negara, bknnya saja2 utk pkai no. tentera. INGAT! AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini.

ASKAR = azab sengsara kau akan rasa! hehehe

Peranan Askar Wataniah Malaysia

1. Membantu ganti (augment) Angkatan Tetap dan bersama-sama dengannya mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategi negara di masa darurat atau perang.

2. Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dalam negeri dan dalam hal ini mesti bersedia untuk dimobilisasikan dan diaturgerak bila keadaan memerlukan.

3. Membantu dan berkerja sama dengan pihak berkuasa awam dalam masa bencana alam dan waktu kecemasan awam.



Tugasan Askar Watanaih Malaysia

1. Bersedia diaturgerak untuk mengambil alih tanggungjawad Pasukan Tetap apabila Pasukan Tetap ditugaskan melaksanakan misi-misi tertentu.

2. Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.

3. 3.Mengadakan pertahanan (termasuk Pertahanan Udara Aras Rendah) kepada sasaran dan Instalasi Penting dan kawasan-kawasan penentuan (critical point/zones).

4. Melaksanakan kegiatan pengkhianatan.

5. Bertindak sebagai agen perisikan.

6. Mengadakan tenaga pengganti kepada Angkatan Tetap.

7. Mengendali dan menyelenggarakan perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services) bila diperlukan.

8. Melindungi dan menyelenggara jalur-jalur komunikasi

Jom tengok video ni, yg pasti camni la kehidupan seorang tentera.



Kehidupan Seorang Tentera (part 1)


Hai, abah seorang tentera darat, selalu kena pindah rumah, along dilahirkan di Sabah sebab masa tu abah tengah kerja askar kat sana, then bermula dari sy smpai ke anak kedua terakhir dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur tapi rumah lain2, ada yg kat Kem Genting Klang dan Kem Desa Tun Hussein Onn. Adik yang terakhir dilahirkan di Kelantan sebab masa tu abah dah pencen askar.

Banyak yang kena tempuhi untuk menjadi seorang tentera ni, isteri dan anak2 kepada anggota tentera mesti selalu kena tinggal sebab suami pergi menjalankan tugas kat luar negeri, kadang2 luar negara, tanggungjawab mesti dilaksanakan walaupun terpaksa tinggalkan anak, isteri dan keluarga dalam tempoh yg lama ataupun sekejap je. Jadi tabahkanlah hati anda ye.

Macam lagu Darah Satria :- 
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Verse
Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Chorus
Darah satria darah satria
Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Ulang Verse

Ulang Chorus

Darah satria
Darah satria


Jadi, kepada isteri2 tentera ni, kalau ada masa yg terluang boleh la pergi ke rumah BAKAT, dekat sana kamu semua boleh belajar macam2, contohnya kelas menjahit, memasak, membuat pizza, menjadi usahawan, dll. Anak2 pula boleh join kelas mempertahankan diri yang ada di kem, contohnya Taek-won-do, kat Kem Genting Klang dulu cuma ada WTF je, tapi sekarang dengar2 khabar ada Silat juga. :D


abah kena rendam dalam air sungai ni

Kami pun pernah kena macam abah juga kena rendam
Abah WTF masa kat kem

Sy pun WTF macam abah juga, pakai baju
 abah zaman duluni game ITF punya



Saya pun ada pemakaian pangkat juga
macam abah
Bila abah dipakaikan pangkat






Kepada yang menjadi tentera ni, macam2 yg kamu kena tempuhi masa dalam kursus ataupun kem. Setiap hari kena ragging, kena simbah air, kena 'kacau', bangun untuk ambil senjata, berada dalam hutan, apa2 pun yg terjadi mesti akan teringat.


Sunday, April 27

Kesedaran Menjaga Kesihatan.

Salam, hari ni nak kongsi sedikit kesedaran utk mjaga kesihatan. Diambik dari page "Bercinta Selepas Nikah"

Ada dua kesedaran menjaga kesihatan :
  • Pertama, ada isteri jaga makan minum.
  • Kedua, ada penyakit yang memaksa kita makan ikut keperluan bukan kemahuan.

Alhamdulillah jika ada yang pertama, Nauzubillah minta dijauhkan yang kedua. Kalau anda perasan, perempuan lebih banyak mengambil makanan pada waktu malam, tidak kurang juga pada breakfast dan lunch, seelok nya, kurangkan kuantiti makan malam sebab badan kita perlukan rehat yang lama. At least makan 4jam sebelum tidur. 

Berbanding dengan lelaki, lelaki melebihkan makanan pada sebelah pagi kerana memerlukan tenaga untuk melakukan sesuatu kerja yang berat/ringgan.

*So untuk pesanan diri sendiri dan juga untuk kawan2, makan jika lapar, berhenti jika kenyang. :)

Thursday, April 24

‎الحب يقهر المستحيل(Love overcomes impossible)

The story of fire and water, taken by ثقف نفسك page.



















Friendship isn't about who you're known the longest. It's about who walked into your life. Said "Im here for you." and proved it.

Wednesday, April 23

Hidup, kahwin untuk melengkapkan agama.




"aku cintakan dia."

"cinta saja?"

"habis tu?"

"cinta saja tak cukup. kau kena pimpin dia. kalau nanti dia salah dalam solat, kau kena betulkan. kalau dia tak reti mengaji, kau kena tunjukkan. kalau dia tak reti hukum, kau kena bagitahu. kahwin bukan sekadar cinta. kahwin tu nak melengkapkan agama, sebagai suatu ibadah."

"susah jugak eh."

"yup. kahwin tu tanggungjawab, bukan sekadar reti jawab akad nikah saja."

Tuesday, April 22

MSG(MONOSODIUM GLUTAMATE)

MSG? apa benda tu? mesti anda terfikirkan apa benda yg sy maksudkan MSG tu. Nak dikatakan ajinamoto tak jugak, nak cakap tak pun xtau lah camna nak cakap, yg pasti MSG ada dalam ajinamoto, fastfood, pizzahut, maggi dan macam2 lagi. Kalau anda rajin untuk mengetahui apa itu MSG, jom baca artikal di bawah supaya kita boleh berhati2 sblm membeli.


*********************************************************************************************
Monosodium glutamate (MSG) is a flavor enhancer commonly added to Chinese food, canned vegetables, soups and processed meats. Although the Food and Drug Administration (FDA) has classified MSG as a food ingredient that's "generally recognized as safe," the use of MSG remains controversial. For this reason, when MSG is added to food, the FDA requires that it be listed on the label.

MSG has been used as a food additive for decades. Over the years, the FDA has received many anecdotal reports of adverse reactions to foods containing MSG. These reactions — known as MSG symptom complex — include:


  • Headache
  • Flushing
  • Sweating
  • Facial pressure or tightness
  • Numbness, tingling or burning in the face, neck and other areas
  • Rapid, fluttering heartbeats (heart palpitations)
  • Chest pain
  • Nausea
  • Weakness


However, researchers have found no definitive evidence of a link between MSG and these symptoms. Researchers acknowledge, though, that a small percentage of people may have short-term reactions to MSG. Symptoms are usually mild and don't require treatment. The only way to prevent a reaction is to avoid foods containing MSG.

*********************************************************************************************

Jadi, apabila makanan anda mempunyai MSG, tahap glutamat dalam darah boleh meningkat setinggi 20-fold. Anda akan mendapati tahap glutamat yang sangat tinggi dalam darah selepas makan makanan yang mengandungi MSG. Anda sedang merangsang semua reseptor glutamat. Itulah sebabnya mengapa sesetengah orang mendapat cirit-birit, kerana ia merangsang reseptor dalam esofagus dan usus kecil. Usus juga akan jadi lebih buruk. Jika mereka mempunyai gangguan sistem pencernaan, ia menjadikan yang jauh lebih buruk. 

Perkara tentang jantung pengaliran sistem glutamat reseptor adalah ini mungkin menjelaskan peningkatan kematian jantung secara tiba-tiba. Apa yang anda lihat dalam hampir semua kes-kes ini adalah magnesium yang rendah. Apabila paras magnesium adalah rendah, reseptor glutamat menjadi hypersensitive, dan jadi orang atlet khususnya. Jika mereka makan makanan atau sesuatu yang mengandungi glutamat atau minum cola diet sebelum amalan, perasaan marah akan bertambah teruk dan jantung berdenyut laju ; mereka akan mati kematian jantung berhenti secara tiba-tiba. Kita tahu kematian jantung berhenti secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh dua perkara: paling biasa aritmia dan kardio arteri spasm. Kedua-duanya boleh dihasilkan oleh glutamat.



So, kita sama2 lah menjaga pemakanan supaya dapat mengelakkan diri dari mengambil makanan yg mengandungi MSG. ≧◉◡◉≦