Sunday, April 22

WaNita caNtiK...

kowang mwsti nak tau kn spesis wanita yang cantik, xsemestinya wanita itu perlu b'mekup utk kelihatan cantik,,, de dikalangan kowang sume mesti dh bace yang nie kan.. so xpew nie utk menambahkan lg post chik :p, npew kowng pelik bile sume lam post chik nie jiwang2?? ye chik akui chik nie cam laky p jiwa chik still lagi pompuan, still lg de prasaan ksih syang, sedih n bla bla bla... dah2, jom bace :)

wanita cntik ialah :-
  • melukis kekuatan melalui masalah
    :- seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya, sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. Insya-Allah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
  • tersenyum saat tertekan
    :- percaya ataupun tak, kalau benar2 seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, orang sekeliling xmampu meneka apakah perasaan dia yang sebenarnya. nak tau nape? sebab terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. alangkah bertuah aku begitu :)
  • tertawa saat hati sedang menangis
    :- bukan sjew2 dia ketawa saat hatinya terluka dan menangis. dia bersikap camtu kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan xmahu menyusahkan orang sekelilingnya. tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG MAHA ESA akan datang kepadanya dan dia tetap ketawa menutup segala masalah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
  • tabah di saat terhina
    :- setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNya dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia, tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya sume tu bukanlah menjadi halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang akan datang. ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai/pelindung untuknya menempis segala hinaan daripada manusia lain yabg tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG MAHA ESA.
  • mempersona tanpa balasan
    :- bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita, lebih2 lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati kita hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.  namun bagi seorang wanita yang cantik, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan dan menyakitkan hatinya, kerana baginya mereka2 inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
  • mengasihi tanpa balasan
    :- kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang matang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka ini bukannya kasih yang dibuat2 tetapi kasih yang tulus. malah mereka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala sumpahan dan ujian untuk kita cari dimana2 melainkan kasih seoarng isteri dan ibu yang solehah.
  • bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi
    :- dia hanya berharap kepadaNya dan dia juga xpernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa2 yang dipohon kepadaNya.
  • bersabar bila menghadapi dugaan(chik pnye idea :p)
walaupun kitew sume xcantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan Allah :)

2 comments :