Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang
waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam
kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu
al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula
berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat
sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas.
Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam,
Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan
kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00
tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat
sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan
Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah
bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat
kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah
sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat
dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut
diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya
disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang
lain iaitu dua rakaat satu salam.
Niat Solat Dhuha
Maksud Doa Solat Dhuha
Klau tak hafal, dalam rumi pun masih boleh baca juga. Jika kita faham dan hayati maksud doa ini, insyaAllah lagi mudah untuk kita berdoa :D
“Barangsiapa yang
menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Boleh tengok video ini :
No comments :
Post a Comment