Nak tahu cara2 tambah berat? Jom baca.
Senaman Angkat Berat
Bagi
lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan korang selain makan ialah
dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan,
kekurangan korang dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang
melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan
keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“,
“lunges” atau “squat“.
Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym
dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.
Ambil Banyak Protein
Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot korang.
Kekurangan protein membuatkan tubuh korang “mencuri” protein dari tisu otot
membuatkan ia semakin mengecil.
Jangan abaikan protein dalam diet harian korang. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu,
kacang dan bijian.
Rehat Dengan Secukupnya
Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus
tidur. Rehat
yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan
makan makanan yang mengandungi protein. Semasa korang tidur, makanan yang korang telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot korang.
Jangan lupa, korang
perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ingat ni tau.
Ambil Supplement
Siap ada
perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang
nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife ataupun Shaklee.
Dapat membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta
muscle otot.
Makan Coklat
Ada orang mudah gemuk dengan cara makan coklat, tapi Chik jarang sebab coklat ni manis, xelok kalau makan setiap masa/hari
Pernah tengok cerita Cinta Obsesiti Kolestrol? alaa yg Era Fazira berlakon jadi gemuk tu. So try guna istilah ni
"Perempuan makan coklat banyak-banyak = Gemuk"
haahaa. Semoga berjaya naikkan berat badan
im so proud of u dear :)
ReplyDelete