Thursday, November 13

Moist Chocolate Cupcakes

Hai, harini Chik nak tukar mood pulak, Kalau sebelum ni, selalu post pasal nasihat, fighter, kesihatan kan, jadi harini Chik nak share resepi2. Mesti minat makan cupcake kan? Jom follow dan try2 lah buat kat rumah, Cik klau kat rumah sepupu, everyday akan buat cupcake, biskut, kek untuk tempahan. Cari duit poket sendiri katakan. ^_^

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour
1 1/4 cawan dutch process cocoa powder
2 1/2 cawan sugar
2 1/2 sk baking soda
1 1/4 sk baking powder
1 1/2 sk garam
2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A
1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)
1/2 cawan + 2 sb vegetable oil
1 1/4 sk vanilla extract
1 1/2 cawan air panas (nak sedap lagi, tmbh perisa Nescafe 1sk)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam ke dalam pengisar elektrik.

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.


Cream Icing

Bahan-bahan
1 kg krimwell
1/2 kg gula icing

Cara cara:
Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata. Sedia diguna untuk mendeko.

Nota:
Adunan cream icing ini menghasilkan kuantiti yang agak banyak, jadi oleh dibuat separuh sahaja.

Boleh diadun dengan colour (oil base) jika suka.

Ni gambar cupcake pertunangan along. Tapi booking dari kedai. Chik pun kalau hantaran nak ada cupcake tema silat kat atas tu. ðŸ˜ƒ


No comments :

Post a Comment