Thursday, October 30

Lumrah Kehidupan

Masing-masing ada perasaan marah, sayang, benci, suka, rindu, sunyi. Setiap reaksi muka boleh membuktikan perasaan muka seseorang tersebut samada tengah marah ataupun suka. 

Ada masa kita boleh meneka perasaan seseorang tapi ada masa kita tidak dapat meneka, contoh dari perasaan sayang, setengah orang akan tunjukkan perasaan sayang tapi ada yang jenis sorokkan perasaan sayang. Yang jenis sorokkan perasaan sayang itu susah untuk kita tafsir samada dia sayang kita sebagai kawan ataupun lebih.

Sedih
Selalunya bila seseorang selalu bersendirian, akan timbul perasaan sedih, apa sebab pun kita takkan tahu sebabnya air mata yang kan mengalir sendiri tanpa dimata.

Kemungkinan rindu pada kawan yang pernah berjuang bersama semasa belajar sama2 di IPT, kalau kita sambung belajar, masih tidak dapat mencari kawan yang sama2 perangai yang sebelum ni.

"Kesedaran akan sebuah perasaan adalah ketika merasa kehilangan"

remember this okay.

SMILE = special magic in living everyday

Thursday, October 16

Terlalu kurus?

Korang terlalu kurus? Tahu tak dulu Chik pun sama kurus, tapi sejak berhenti sukan sekejap, selera makan naik, berat badan mestilah naik juga, hehe.

Nak tahu cara2 tambah berat? Jom baca.

Senaman Angkat Berat

Bagi lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan korang selain makan ialah dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan, kekurangan korang dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. 

Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.


Ambil Banyak Protein

Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot korang. Kekurangan protein membuatkan tubuh korang “mencuri” protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. 

Jangan abaikan protein dalam diet harian korang. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu, kacang dan bijian.


Rehat Dengan Secukupnya

Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus tidur. Rehat yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan makan makanan yang mengandungi protein. Semasa korang tidur, makanan yang korang telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot korang. 

Jangan lupa, korang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ingat ni tau.


Ambil Supplement

Siap ada perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife ataupun Shaklee.

Dapat membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta muscle otot.


Makan Coklat

Ada orang mudah gemuk dengan cara makan coklat, tapi Chik jarang sebab coklat ni manis, xelok kalau makan setiap masa/hari

Pernah tengok cerita Cinta Obsesiti Kolestrol? alaa yg Era Fazira berlakon jadi gemuk tu. So try guna istilah ni

"Perempuan makan coklat banyak-banyak = Gemuk" 

haahaa. Semoga berjaya naikkan berat badan 

Monday, October 6

Waktu Sujud

Ialah waktu seorang hamba paling hampir dengan Penciptanya. Ambillah sedikit masa untuk menghampirkan diri pada pencipta kita. Tapi rugi tapi sangat menenangkan.



Duduk antara 2 sujud
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

Thursday, October 2

Sumpah Pendekar

Pendekar,
Tujuh petala bumi Tujuh petala langit,
Dari gunung ke lembah curam,
Dari sungai ke lautan bergelombang,
Kembara adalah setia pada sumpah,
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita,
Warisan berkurun dari Dato' Laksamana..


DIMANA BUMI DIPIJAK,
DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG !!!