Monday, April 28

Kehidupan Seorang Tentera (part 2)

Kamu semua mesti dah tau apa tugas2 tentera, kenapa perlu ada tentera, dekat mana tempat mereka kan. Jadi, cikya nak kongsi sikit je pasal tentera. Btw, beberap hari lepas, kami baru je pemakaian pangkat PBT ke LKPL, bukan nak bangga bukan nak menunjuk, cuma mau bagitau, bak kata senior "nombor tentera tu melambangkan identiti korang dalam pasukan tentera sukarela negara!". Jadi tugas kita adalah utk berkhidmat utk negara, bknnya saja2 utk pkai no. tentera. INGAT! AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini.

ASKAR = azab sengsara kau akan rasa! hehehe

Peranan Askar Wataniah Malaysia

1. Membantu ganti (augment) Angkatan Tetap dan bersama-sama dengannya mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategi negara di masa darurat atau perang.

2. Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dalam negeri dan dalam hal ini mesti bersedia untuk dimobilisasikan dan diaturgerak bila keadaan memerlukan.

3. Membantu dan berkerja sama dengan pihak berkuasa awam dalam masa bencana alam dan waktu kecemasan awam.



Tugasan Askar Watanaih Malaysia

1. Bersedia diaturgerak untuk mengambil alih tanggungjawad Pasukan Tetap apabila Pasukan Tetap ditugaskan melaksanakan misi-misi tertentu.

2. Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.

3. 3.Mengadakan pertahanan (termasuk Pertahanan Udara Aras Rendah) kepada sasaran dan Instalasi Penting dan kawasan-kawasan penentuan (critical point/zones).

4. Melaksanakan kegiatan pengkhianatan.

5. Bertindak sebagai agen perisikan.

6. Mengadakan tenaga pengganti kepada Angkatan Tetap.

7. Mengendali dan menyelenggarakan perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services) bila diperlukan.

8. Melindungi dan menyelenggara jalur-jalur komunikasi

Jom tengok video ni, yg pasti camni la kehidupan seorang tentera.



No comments :

Post a Comment